Luahan

Suami

Pemalas

SUAMI PEMALAS

Aku adalah seorang yang kurang rajin dari bujang sampai ke kawin anak 2. wife aku keje gak sama macam aku. Bangun pukul 5.30, siapkan barang2 anak utk hntar ke pengasuh, masuk opis pkul 8, balik kol 5, pastu amik anak2 kt pengasuh, sampai rumah dalam pkul 6.30-7ptg. EVERYDAY!

Sejak aku kawin, banyak benda yang buat aku berubah. Awal2 dulu masa takde anak, masak makan minum basuh baju kemas rumah semua wife aku settlekan, sekali pun tak merungut. Keje yg aku setlekm mostly kategory heavy weight je..keje2 berat & susah + leceh. Cuci kereta porch angkat tong gas service kereta beli brg2 kprluan rumah (selalunnya sama2 gak) tukar kereta maintainance kereta aku dgn dia tukar lampu betulkan pintu toilet repair kereta (kereta lagi) lebih kurang mcm tu je.

Then happy la sebab dpat anak first..Dia tetap sama gak, uruskan semua + uruskan anak (susu bf mandi berak hantar pengasuh segala benda lah). Keje aku, amik anak balik je tiap petang, basuh berak, tidokan anak tu pun kalau anak susah nak tido. Bertuah tak rasa? Maybe ade yg kate "ok la tu tolong gak sikit".. NO! Sebenarnya cuma 2% je tu. Pastu selang few years dapat sorang lagi.. Alhamdulillah rezeki..

Setiap hari tengok muka wife, makin sembab, nmpak x bermaya, letih, eyebag siap, buat aku berfikir " dah makin kurang menarik la plak bini aku ni.." Mana tak jadi mcm tu, semua benda dia buat, aku nganga je.. Kadang2 dok tengok gak pempuan2 kat lua yg lalu lalang cantik melentik merecik tonggek buat aku fikir " perghhhhh....lawa la hawauuuuu..bini aku tak mcm ni puun...nak ngorat , banyak modal dan pelaburan ni.."


Hawau betul aku ni. nak kecam aku? silakan!

Balik umah dok fikir pasal "modal pelaburan" dan fikir bini aku yang semakin layu. Ko rasa cane? macam hanat kan? Tapi aku tak buat pun..aku dok pk modal pelaburan nak pasang satu lagi kalau sampai ke akad nikah , paling tidak pun 40 ribu termasuk hantaran + majlis. Tu kalau 40 ribu tu cukup! ingat cukup? hantaran dah berbelas ribu dah, confirm! Baik aku guna 40k tu untuk groom bini aku + buat downpayment beli DUCATI PANIGALE!! HAHAHA!! ( Ye hobi aku mahal walaupun duit tak berapa nak ada)

Pada suari hariiii...Sampai rumah, macam biasa, aku tengok bini aku ke sana sini buat kerja setlekan semua benda, adoiiii.. Teriba rasa macam kuli pulak. Agak tersentap hati aku walaupun wife aku tak pernah merungut pasal aku tak membantu. Jadi bermula hari itu aku ubah cara hidup aku sikit. Ni nak share tips2 orang pemalas macam aku ni yang cuba nak ringankan beban bini.

 

Basuh Baju


aku cuba tolong basuh + sidai lipat. Hampehh penat siot!! Lagi2 lipat baju anak2 yg kecik2 tu. haihhhh... mcam ni penatnya. Aku tak fikir panjang terus cakap kat wife aku " dah! stop doing this! mulai hari ni , baju sluar anak2 dgn underwear je awak basuh. Yang lain sy setlekan! "


Aku kutip semua baju sluar kain masuk dalam plastic hitam besar, start kereta gi hantar laundry. Mahal?? Lantak pi, duit boleh cari. Nak setle sendiri memang tak larat beb, letih!! Bab susun dalam almari wife aku setlekn, tak boleh kacau. Aku taknak tengok bini aku dgn muka yg letih sembab tiap hari weh!!

 

Anak-anak
 

Anak 2nd fully BF dan baru boleh start makan. So, bab BF tu aku cuma boleh tengok dan terliur je la 😂😂
Bab makan, aku yg suap sampai kenyang. 
Bab tidurkan, aku yg dodoikan sambil nyanyi lagu zikir hasbi robbi. kalau tak jalan aku nyanyi lagu projector band 😴😴😴.
anak 1st aku setlekan end to end. Makan minum pakai berak kencing semua aku setlekn.

Kemas rumah


Hire maid? Memang meninggal la aku nak bayar. Yang ni aku tolong kemas bilik2 sesekali. Sapu sampah mop lantai vacume semua aku buat! Penaaatt. so aku beli spray mop, dust trap, vacume dah ade, hadiah kawin. Next target nak beli robo-vacume. nampak tak kemalasan aku tahap berapa? haaaaaa.. Luar rumah + toilet aku setlekn semua. Kadang2 wife aku kurang sabar sikit, sebelum dia mandi , cuci skali. lantaklah.. malas nak bebel..aku kan pemalas..😂

 

Masak
 

Masing2 kerja, balik pn sampai dekat maghrib, nak masak plak utk mkn mlm, dgn 2 anak lagi (aku biasa mmg blik lewat, lps mghrib bru sampai) aduiiii... so aku suruh wife aku stop masak, kalau gian nak masak gak, just masak on weekend je. So tiap hari sbelum aku sampai rumah, aku singgah kedai makan, tapau siap2 apa yang patut utk mkn mlm. ni kalau nk ikut pastikan makanan yg ko tapau tu mengandungi diet seimbang, dan banyakkan minum air kosong, bukan teh tarik dari pagi sampai malam.

 

Pengasuh


Bab ni tak dapat nak tolong, sebab kreta ada satu je. takkan aku nk merempit dgn ank 2 orang kan..bahaya. 
So remain unchanged. Alhamdulillah gak dapat pengasuh yang baik dan tak berkira. rezeki tuuu..

 

Melepak
 

Sebelum ni memang pantang dpt jemputan. Confirm terpacak terus tak kira la mamak ke karaoke ke (aku suka nyanyi walaupun tak sedap) apa2 lah janji lepak dek kerana TAKUT kena cop "TAKUT BINI LA TUUUU..BINI RANTAI DAHHH". Kuanghajo betol statement diorang. 
apa yang aku buat, aku reduce semua! karaoke aku stop terus!! waktu lepak aku adalah masa balik kampung, tu pun lepas anak-anak tidur. sebelum aku keluar aku akan tidurkan anak first dulu sbb yg 2nd ni ubat tidur dia mmg gayut. senang sikit. Kalau salah sorg tak sihat, aku takkan keluar. kawan2 nak kate ape pun kate lah! ni nak habaq mai kepada jantan2 yg ada msalah mcm aku takut kena cop mcm tu,

INGAT EK!! KORANG NAK HIDUP DENGAN BINI KORANG TU SAMPAI MATI TAU! SO UTAMAKAN ANAK BINI KAUUU!! KAWAN2 NI COME AND GO MCM TOUCH N GO! ABAIKAN KATA2 DIORANG!! KALAU APA2 JADI KAT BINI KORANG OR ANAK2 KORANG NANTI KORANG GAK YG BERJOGET MENANGIS MERATAP MWNYESAL BAGAI! BUKAN KAWAN2 KORANG TU!!

Akhir kata, kepada kawan2 aku yg mengata, TQ AND GOODBYE! Korang tak membantu langsung pun! so lantak korang la nak kate ape pun!

Yang Benar,

-Suami Pemalas -