Kau Ingat Senang jai Mak Bapak?

Kau ingat senang

Jadi mak bapak?

0-12 bulan : Kalau kau rasa jaga baby tu susah kau silap. Jaga baby paling senang (kot?), cukup makan cukup susu tidurlah dia cuma susah part kembong, manja (melekap macam anak panda) atau waktu main dia ikut zone US. 😎

 

1-2 tahun : saat paling mencabar bila dia dah pandai berjalan, memunggah, menyepah dah 1 hal nak kene selesaikan semua benda dari pagi sampai malam. Ini part yang kau sentiasa kene monitor dia 24/7 ! Kalau tak ade je benda pelik dia buat termasuk tabur bedak 1 rumah atau gunting rambut kau masa kau tertidur. 😏

 

2-3 tahun : saat paling menduga sebab inilah saat keemasan tantrum dia! Berguling depan kedai, meraung tak nak jalan, melalak dalam mall. Menjerit-jerit tak dapat naik kereta mainan.. eh macam-macam hal lah time-time ni 😂

 

4-5 tahun : saat buat perangai! Buat perangai tak nak mandi tak nak makan tak nak pakai baju tak nak jalan tak nak segala benda semata tak nak pegi skool (taska). Ulang setiap pagi selama setahun sambil ulang no.1 untuk adik dia.

 

5-6 tahun : saat kecemerlangan. Okey tahap ni boleh tarik nafas lega sikit sebab dia dah ade kawan boleh nyanyi-nyanyi balik sekolah (tadika) tapi kau jangan lupa ulangan dari atas untuk part adik dia pulak..kah..kah..kah.. 😜

 

7 tahun : ini nasib..dapat yang pergi sekolah balik sekolah okey alhamdulillah tapi dapat yang pergi wangi balik belacan padahal baru hari isnin kau urut je lah dada kau laki bini. Ha..ha..ha.. 😂😂

 

8-12 tahun : tak banyak masalah di sekolah kecuali part susah nya nak suruh buat kerja sekolah! Rasa macam menyanyi hari-hari duk ulang suara 😭 kalau yang no.1 perangai cemerlang dari darjah 1 tapi yang no.2 kau kene sabar tahap langit ke-7 dengan perangai #ikutsukaakulahnakbuatketak 😭😅 Tu belum masuk part hari-hari hilang pensil, hari-hari hilang pemadam, hari-hari hilang buku! 💆

Ohye sambil "menyanyi" sambil ulang dari part baby sampai ke bawah untuk adik-adik dia. Kah..kah..kah..

 

13-17 tahun : cabaran remaja kita sambung lain kali okey ✌

Sebenarnya jadi mak ayah ni best tau, so korang yang belum jadi mak ayah tu aku doakan 1 hari nanti jika diizinkan Allah SWT korang akan dapat rasa macam ni juga, cepat & lambat hanya Allah je yang tahu. Pada yang tak tahu erti kekuasaan Allah SWT tu baik kau diam jangan tanya-tanya orang bila nak ade anak.

#copynpaste