Wahai Encik Suami!!!
 

1. Azankan anak yang baru lahir
 

2. Kucup dahi isteri dan ucapkan tahniah dan terima kasih kepada isteri selepas berjuang melahirkan zuriat.
 

3. Tahnikkan dengan kurma, madu atau air zam-zam menggunakan jari manis.
 

4. Sediakan tukang urut untuk isteri sekurang-kurangnya untuk 3 - 7 hari. Kemudian di susuli 1 minggu sekali sepanjang berpantang dalam tempoh 1 bulan pertama atau ke 2. (Jangan gatal2 nak tumpang sekali
 

5. Hari ketujuh, berikan nama yang baik dan cukur rambut atau botakkan rambut. Rambut yang di dalam perut tak baik untuk perkembangan dan kesihatan bayi.
 

6. Urus uri dengan betul. Si suami sepatutnya basuh dan tanam sendiri uri anak. JANGAN nak mengarut letak paku ke pisau ke ape ye!!
 

7. PENTING!!! Beri sokongan kepada isteri untuk menyusukan bayi yang baru lahir. Sediakan pam jika perlu dan beri sokongan jika tiada susu atau susu lambat keluar. Sokongan moral sangat penting waktu ni sebab isteri tak boleh stress dalam pantang. Jadi, suami kena sabar dan usaha cari jalan penyelesaian. TAPI, jangan memaksa. Kalau dah takde nak buat camne lagi kan..

 

UNTUK BABY ANDA!

1. Sediakan pampers yang sesuai dan secukupnya. Untuk baby yg agak bersaiz kecil (lingkungan 2.4kg - 2.8kg) boleh try Huggies. TAPI jn la beli stock sampai 1 lori. Baby cepa membesar so sediakan at least ada 1 pack extra pun dah memadai.


2. Baby akan kerap buang air. Dah beli pampers tu takkan tengok je ? Jadi tolong la tukarkan pampers tu. Takyah nak geli2 sangat ok? Isteri tu tengah pantang macam2, sakit pulak tu, kena susukan baby lagi. Suami yg boleh sebat semua jenis makanan tak perlu pantang apa semua tu takkan tak boleh tolong tukar pampers kot kan..
 

3. Kebiasaannya baby akan selalu kembung sampai ke tempoh 3 - 4 bulan kurang atau lebih. Pastikan penyusuan ibu teratur 2 jam sekali (MINIMUM) epsecially baby yg ada jaundice. Semakin kerap baby menyusu, makin kerap baby buang air, makin cepat jaundice turun, dan makin boost production susu ibu.
 

4.Sentiasa monitor pernafasan baby. PENTING! Sekiranya pernafasan baby di susuli dengan bunyi dengkuran kuat, bawa ke clinic pakar kanak2 untuk check paru2. Kebiasaan baby yg breastfeeding akan ada bunyi seperti kahak di tekak. Kalau terlampau banyak dan baby batuk, dikhuatiri ada jangkitan di paru2.
 

5. Tidurkan anak selepas menyusu. Kalau larat dodoikan la dengan tangan di ikuti dgn zikir2 ataupun ayat2 suci. Baby ni ada bau yg special yg menarik perhatian semua makhluk di muka bumi, cium baratus kali pun tak jemu. Sebab apa? Bau yg best tu adalah bau SYURGA. Cium la puas2 ya sebab bau ni akan pudar dari hari ke hari dan hilang.

Sekian, nikmatilah saat bahagia ketika baby masih kecil. Sebab bila dah besar dan banyak akal, segalanya tentang anak anda adalah sesuatu yg tak di jangka.
 

Kepada isteri2, mohon tag suami masing2.. hehehe

SUAMI ATAU ISTERI YANG PERLU JAGA ANAK SELEPAS BERSALIN ??

 

Apa suami patut/mesti buat selepas isteri bersalin???