PESANAN PADU KEPADA SUAMI-SUAMI SADO KETIKA ISTERI DI LABOUR ROOM!

Assalamualaikum WBT.

Kepada suami2 sado dan tak sado di luar sana, abang tak sado ni nak pesan sikit bila wife korang dah nak bersalin.

 

No 1 ! Masa wife dalam labour room, temankan dia, jangan biar dia sakit sorang2. Aku memang tak tau sakit bersalin tu macamana tapi dari gerak geri, gaya tunggang terbalik, suara, tangisan dan mimik muka yang korang tak pernah jumpa, ya memang sakit bersalin tu tak dapat nak di gambarkan dengan kata2 indah for sure!

 

No 2 ! Prepare siap2 air dengan kurma. Dapat air zam2 lagi bagus. Masa wife korang tahan sakit untuk tunggu perkataan " PUUUUUSHHHH !! " keluar dari doctor, banyak tenaga kudrat keringat diorang guna. Ada yang sekejap, ada yang lama. Sekejap pun x sekejap sangat, mau 2-3 jam jugak. Aku pernah tanya nurse masa bukaan wife aku dah 4 cm, normally lepas tu setiap 1 jam akan buka 2cm. Nak teran kena bukaan cecah 10 cm, lebih kurang 3 jam bergadai nyawa kena tunggu. Kau sakit kena ekzos motor baru 3minit pun dah meraung, ni kan lagi 3 jam sakit bersalin?

 

No 3 ! Segala mesin yang ada dalam labour room tu, tanya nurse atau doctor untuk apa. contohnya mesin untuk monitor heartbeat, tanya dia kalau normal camne, kalau ada masalah macamana. ada bunyi ke, vibrate ke.. so kalau pape jadi kau boleh roger nurse atau doctor imeediately. Kenapa kena tanya? Hello!! 2 nyawa ada dalam labour room tu, wife kau dan anak kau! Doctor pasang mesin tu semua mesti ada sebab kan?

 

No 4 ! Pastikan phone fully charge dan ada POWERBANK + USB CABLE! Kau tak tau berapa lama wife kau nak kena check in dalam labour room tu. Kadang2 kena pindah tempat, nak cucuk kat plug hospital tu memang tak sempat dah! Ada powerbank, bolrh carry ke mana2, senang. Nak contact sesape mintk tolong pape ke jadi mudah sebab power source tu sentiasa ada. Powerbank tu jangan la kedekut sangat pakai yang cap ayam + low capacity. Cari cap pineng 20000MAh. Boleh charge banyak kali.

 

No 5 ! Bini tengah sakit dalam labour room kau pulak sebuk update facebook balas komen layan instagram mundar mandir macam pak pandir kat luar buat ape? Masuk dalam! Bacakan yasin sampai dia boleh push! Ampunkan semua kesalahan dia, redha everything. Surah yasin ada 7 tempat berhenti yang berakhir dengan "MUBIIIIN". Setiap kali sampai kat situ, mintak pada Allah, 


"YA ALLAH YA TUHANKU, PERMUDAHKANLAH ISTERI KESAYANGANKU UNTUK BERSALIN. AAAAAMIIINNN"
 

Insya Allah dipermudahkan. Nak bawak Yasin pun boleh, tak pun yang mudah download la siap2 application Quran Tafsir (macam dalam gambar tu).

 

No 6 ! Masa wife kau dok "puuuusshhh" tu, tunggu sebelah dia, pegang tangan dia, cium dahi dia, usap kepala dia, bagi semangat! Tengok sekali camne proses baby keluar. (kalau ada masalah tak boleh tengok darah, jangan tengok. Kang wife kau bersalin, kau yang dduk wad seminggu). Bila kau tengok camne dia bersalin, kau akan rasa lebih menghargai wife kau. Camne dia keluarkan anak kau yang besar tu, camne doctor potong dan jahit hidup2, tengok! Jangan tau nak sedap je! Jangan lupa azankan kat telinga kanan, iqamat kat telinga kiri bila anak kau dah keluar nanti eh! Jangan kau mintak tolong orang lain pulak azankan sebab kau tak tau azan! Mohon pelempang sedas!

Last sekali, ucapkanlah terima kasih pada wife korang bila dah selesai "majlis" tu. Ciumlah dia (sopan2 je eh) jangan lebih2 pulak. kang tak pasal2 nurse tu cucuk bagi kau sekali tidur.

 

Maaf atas gaya penulisan yang agak "hawau" sikit. Korang kan sado, takde hal la kan..

Salam kosong-kosong eh! 😏

TQ sudi baca! 🤤

Credit : Mr K aka Suami Pemalas